Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin dalam Mingguan Malaysia
KUALA LUMPUR: Golongan mahasiswa dan graduan perlu mengubah tanggapan lapuk bahawa bekerja sendiri atau menjadi usahawan tidak menjanjikan pendapatan lumayan dan tidak prestij berbanding bekerja makan gaji.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka tidak sepatut menjadikan bidang itu sebagai pilihan terakhir atau bekerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap.
Katanya, semangat dan minat untuk menjadi usahawan berjaya perlu ada pada setiap mahasiswa sebaik menjejak kaki di institusi pengajian tinggi.“Pertumbuhan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan dan pelbagai projek yang kerajaan laksanakan perlu dimanfaatkan oleh graduan untuk membuka perniagaan, sekali gus menjadi usahawan berjaya.
“Bekerja sendiri mempunyai banyak kelebihan berbanding makan gaji. Selain menjadi tuan, keusahawanan memupuk semangat kental untuk berjaya dan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain serta boleh diwarisi kepada anggota keluarga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Keusahawanan `Bekerja Sendiri dan Pembangunan Usahawan’ di sini, semalam.Malah Mohamed Khaled berkata, bekerja sendiri mempercepatkan seseorang menjadi kaya apabila diusahakan bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, kerajaan membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang manfaat pembangunan itu boleh dinikmati melalui bidang keusahawanan yang menjadi tunggak ekonomi negara.Katanya, ilmu dan kemahiran sepatutnya membolehkan graduan menjadi usahawan yang lebih inovatif dan kreatif dan mengatasi masalah pengangguran.
No comments:
Post a Comment