Wednesday, August 15, 2007

Mohd Ariff Mohamed Ali

Mohamed Ariff bin Mohamed Ali dari program Perhubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja dalam Majlis Konvokesyen ke-35 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pemilihan untuk Anugerah Pelajaran Diraja ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan aktif menyertai kegiatan ko-kurikulum, menyumbangkan bakti kepada masyarakat dalam bentuk sukarela selain mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berkeperibadian yang mulia.


Mohamed Ariff bin Mohamed Ali, dilahirkan di Pulau Pinang pada 20 Disember 1984 dan sangat meminati bidang perhubungan dan komunikasi. Beliau juga gemar mempelajari dan mendalami bahasa dan kebudayaan asing.


Sepanjang pengajiannya di UKM, Mohamed Ariff sangat aktif menyertai aktiviti akademik, persatuan dan kebajikan. Penerima Anugerah Dekan FSSk ini juga pernah mewakili UKM ke Universiti Thammasat di Bangkok untuk Program Pengajian Pertukaran Pelajar Wilayah Asia Tenggara (SEASREP).


Beliau juga menerima biasiswa Japanese Airlines (JAL) dan mengikuti Program Biasiswa JAL di Tokyo dan Kanazawa di Jepun, mewakili Malaysia di 9th ASEAN University Network (AUN) Educational Forum and Young Speakers Contest di Laos. Mohamed Ariff turut aktif dalam bidang sukan.


Sebagai Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja, Mohamed Ariff dan Nur A’thiroh Masyaa’il masing-masing menerima pingat emas, wang tunai RM2,500 serta sijil penghargaan.
Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Cik Jamiah kerana menulis artikel ini

=)

Anonymous said...

salam...mcm mana saya nk berjumpa dengan ariff ?

jika boleh hubungi saya 012 468 5540
jelutong penang

khairil anuar

Anonymous said...

ariff rakan sekerja saya di kementerian luar negeri (wisma putra)
beliau kini seorang PTD.Anda boleh menghubungi Wisma Putra untuk berhubung dgn beliau.