Friday, June 20, 2008

Fakhrul juara Akademi al-Quran


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED


PUTRAJAYA 19 Jun - Peserta dari Kedah, Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin, 22, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.


Kemenangan itu membolehkan beliau menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk al-Quran.
Naib johan pula dimenangi Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman, 25, berasal dari Perak. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.


Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, 25, memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.


Hadiah para pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.


Turut hadir Pengerusi Media Prima Bhd., Datuk Abdul Mutalib Mohd. Razak dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.


Seorang lagi finalis yang bertanding pada peringkat akhir AQ dan memenangi tempat keempat ialah Syamsul Abu Hassan Alshaari, 24.


AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu.

Thursday, June 19, 2008

Bosan Hidup


Susunan FUAD HADINATA YAACOB hadinata@hmetro.com.my

WALAU apapun andaian atau tanggapan mengenai lelaki bernama Tomohiro Kato, 25, kejadian amuk yang dilakukannya 8 Jun lalu sehingga mengorbankan tujuh nyawa dan mencederakan 10 lain meninggalkan misteri yang belum terjawab.Selain itu, persoalan mengapa bandar elektronik dan pusat siber di Jepun, Akihabara menjadi pilihannya serta motif serangan maut sehingga melumpuhkan operasi kawasan tumpuan ramai itu juga menimbulkan tanda tanya.

Begitupun, beberapa mesej yang didakwa diterima daripada lelaki berasal dari Shizuoka, Jepun itu sekurang-kurangnya dapat membantu menghuraikan persoalan berkenaan.Antara kandungan mesej yang dihantar Kato ialah, “Aku akan membunuh orang Akihabara”; “Masanya sudah tiba”; “Aku tidak berguna dan tiada masa depan, membunuh jalan penyelesaian” serta “Aku tidak dipedulikan kerana hodoh.”

Dalam pada itu, laporan media cetak dan elektronik mengaitkan tindakan Kato disebabkan faktor kesunyian dan bosan untuk meneruskan hidup. Dia digambarkan sebagai lelaki kecewa dan pendiam, malah mengibaratkan dirinya lebih hina daripada sampah serta tidak berguna atau membawa faedah.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Ahad lalu, Kato yang memandu trak dua tan jenis Isuzu Elf merempuh dua jalan utama Akihabara iaitu Chdri dan Kanda Myjindri.Ketika itu tempat berkenaan dipenuhi orang awam, terutama remaja, kerana ia terkenal sebagai pusat siber, permainan video dan komputer, selain gelaran bandar elektronik.Rempuhan itu mengakibatkan tiga terbunuh. Dia yang bagai diserang histeria turun dari trak lalu menjerit dan menikam orang ramai yang ketakutan dan berusaha menyelamatkan diri.Mereka yang menghulurkan bantuan serta menyaksikan kejadian tidak terkecuali apabila Kato menikam secara rambang sehingga menyebabkan empat nyawa lagi terkorban dan mencederakan 10 yang lain.


Siasatan awal menunjukkan Kato yang bekerja sementara di sebuah kilang pengeluar komponen kenderaan di Shizuoka merancang serangan itu beberapa hari sebelumnya, malah mengunjungi Akihabara bagi membuat ‘persiapan awal’.Dua hari sebelum pembunuhan, Kato membeli sebilah pisau berukuran 13 sentimeter di kedai menjual peralatan ketenteraan di Fukui.Pada hari kejadian jam 8.45 pagi, Kato dilaporkan menjual komputer peribadi dan beberapa perisian untuk mendapatkan wang bagi menyewa trak yang bakal digunakan dalam kejadian itu.Selepas menyewa trak, Kato memandu lebih 100 kilometer dari Susono ke Akihabara melalui kawasan Gunung Fuji yang mengambil masa tiga setengah jam.

Rempuhan dan tikaman membuta-tuli itu mengakibatkan tujuh mangsa (enam lelaki dan seorang wanita) berusia daripada 19 hingga 74 tahun maut di tempat kejadian.Mangsa, Katsuhiko Nakamura, 74, mati ketika menikmati makan tengah hari bersama isteri dan seorang anaknya di tepi jalan utama sementara jurujual telefon bimbit yang juga penuntut University of Tokyo, Mai Muto, 21, turut maut serta-merta.Seorang pengunjung berusia 40-an berkata, suspek melanggar tiga orang sebelum meluru keluar dari trak dan menikam orang ramai di tempat kejadian.Berikutan kejadian itu, 17 ambulans dihantar ke lokasi manakala pihak berkuasa menutup dan meningkatkan pengawasan di sekitar kawasan berkenaan.

Kato kini ditahan pihak berkuasa Jepun untuk membantu siasatan sebelum keputusan lanjut diambil. Berdasarkan laporan akhbar selepas Kato ditahan, jurucakap polis berkata, lelaki itu tenang menjawab soalan dan sesekali menangis.Menurutnya, Kato mendakwa dia sakit mental serta tidak mempunyai sesiapa di sampingnya ketika ini atau masa depan.

Melihatkan sejarah hidupnya, dia pelajar cemerlang selain aktif bersukan sehingga memegang jawatan Presiden Kelab Tenis di bekas sekolahnya, Aomori Prefectual High School. Begitupun, dia gagal dalam ujian untuk ke universiti, sekali gus meleburkan impian melanjutkan pelajaran ke menara gading.Berikutan itu, dia memohon kerja di kilang pengeluar komponen kenderaan untuk menyara kehidupan.

Eksekutif kilang itu, Osamu Namai, berkata Kato pekerja serius serta tidak memiliki ramai rakan, tetapi tidak menimbulkan masalah sepanjang bekerja.Begitupun, kata Osamu, tiga hari sebelum kejadian, Kato berang dan menjerit di kilang kerana pakaian seragam miliknya hilang, selain dia pulang lebih awal daripada biasa.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda melahirkan kebimbangan jenayah berkenaan berulang dan beliau mengadakan perbincangan bersama kabinet untuk mencari jalan mengelak ia berlaku lagi.Berdasarkan rekod National Police Agency Jepun, dari 1998 hingga 2007, sebanyak 67 kes seperti itu direkodkan dan pembunuhan beramai-ramai oleh Kato adalah paling kejam dalam sejarah Jepun, terutama membabitkan angka kematian yang besar.




Info

NAMA: Tomohiro Kato

USIA: 25 tahun

ASAL: Susono, Shizuoka, Jepun

KEJADIAN: Dalam kejadian 8 Jun 2008 di Chiyoda, Tokyo, Jepun, Kato memandu sebuah trak dan merempuh kesibukan manusia di Akihabara. Rempuhan itu mengakibatkan tiga terbunuh dan empat yang lain mati ditikam serta 10 awam cedera parah.

MANGSA TERKORBAN: Mai Muto (21); Katsuhiko Nakamura (74); Kazunori Fujino (19); Mitsuru Matsui (33); Kazuhiro Koiwa (47); Naoki Miyamoto (31) dan Takahiro Kawaguchi (19)HUKUMAN: Pihak berkuasa Jepun masih menahan Kato untuk menyiasat perbuatannya sebelum mengambil tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro


Monday, April 21, 2008

Jerangkap Sindiket Dadah Antarabangsa



Oleh Jami'ah Shukri


"HARAPKAN pagar, pagar makan padi". Nasib 20 wanita Malaysia, sebahagian besarnya berusia awal 20-an, yang dilaporkan dikurung sindiket dadah antarabangsa di sebuah rumah di Madrid, Sepanyol untuk dijadikan penghantar dadah ke beberapa destinasi di Eropah adalah antara secebis episod kisah benar bagaimana eksploitasi ke atas wanita dengan mudahnya dilakukan pengedar dadah. Beberapa kisah rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara di luar negara berikutan kegiatan itu mungkin menggambarkan betapa dangkal dan tipisnya wanita yang menerima tanpa berfikir panjang janji manis pengedar. Mengharapkan madu, sebaliknya tuba diberikan. Menurut laporan polis, kalangan wanita itu terpedaya dengan tawaran sindiket yang menjanjikan pekerjaan di Eropah dengan bayaran lumayan. Tidak kurang juga ada antara mereka terlalu mempercayai teman lelaki sehingga tidak sedar diri terjebak dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.


Bagi Azura Maizura Alias, 21, dari Pulau Pangkor, Perak dan Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, dari Bukit Payung, Terengganu, yang didakwa dibawa ke Madrid oleh tiga lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan, kemudian dipaksa menghantar dadah ke negara tertentu pada 1 Januari lalu, menjadi episod hitam dalam hidup mereka. Kes sama juga pernah dilaporkan membabitkan remaja tempatan, Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 22, kini menghadapi hukuman penjara tujuh tahun di Jepun kerana mengedar syabu seberat 690 gram. Pelajar komunikasi massa Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya ini diberkas di Lapangan Terbang Tokyo pada 2006 dan mengaku bersalah.



Selain itu, pelajar Universiti Malaysia Sabah, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dari Kelantan menghadapi hukuman mati kerana menyeludup tiga kilogram (kg) heroin. Dia diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Shantou, China pada 19 Januari lalu.



Umi Azlim mendakwa bahawa dia terpengaruh dengan iklan di internet yang menawarkan jawatan dengan bayaran lumayan hanya untuk penghantaran barangan. Dalam kes lain pula, Irene Manggi, 22, dari Sarawak, didakwa kerana memiliki kokain di Brazil dan kini meringkuk di Penjara Sao Paolo.



Itu adalah antara puluhan kes rakyat Malaysia yang terjebak dengan kegiatan berkenaan dan sepatutnya ia menjadi teladan kepada semua masyarakat terutama remaja supaya tidak terjerumus dengan perangkap seumpama itu kerana tidak ada jalan lain boleh dilakukan untuk membantu mereka kecuali mendapatkan khidmat peguam untuk perbicaraan di mahkamah.



Mengikut rekod polis, pelajar kolej dan universiti menjadi sasaran pihak tertentu untuk dijadikan pengedar dadah ke destinasi tertentu. Pelbagai taktik dipasang sebagai umpan bagi menarik pelajar itu, khususnya wanita. Difahamkan ada sindiket dadah antarabangsa ini yang memasuki negara ini menggunakan visa pelancong mengambil kesempatan mengumpan wanita menjadi pengedar dadah, menjanjikan pelbagai tawaran menarik seperti mendapatkan pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan selain bersedia menjadi kekasih mereka.


Dengan perwatakan kacak dan gaya menawan sudah pasti gadis tempatan itu mudah terpedaya serta bersedia untuk mengikut apa saja kemahuannya, tanpa mengetahui motif sebenar.



Kegiatan pengedaran dadah menggunakan wanita juga berlaku bukan saja di Malaysia, malah di luar negara dan menjadi isu global. Berdasarkan perangkaan Polis India (New Delhi), seramai 97 wanita dikesan mengedar dadah di negara itu pada 2006 berbanding 84 pada tahun sebelumnya. Ternyata, penggunaan wanita sebagai pengedar dadah tidak kira di dalam atau luar negara adalah isu yang semakin serius.



Aktiviti pengedaran dadah berlaku seusia dengan sejarah kewujudan dadah itu sendiri. Wujud andaian, kononnya wanita jarang menimbulkan syak wasangka di kalangan polis dan biasanya golongan itu bukan sasaran utama mereka untuk ditangkap atas kegiatan jenayah. Selain itu, acap kali wanita jarang mempunyai rekod jenayah untuk menyeludup dadah. Namun, andaian itu tidak tepat lagi. Di mana-mana juga di pelosok dunia ini, sama ada menghisap, memproses, mengedar atau menyeludup dadah adalah kegiatan yang salah di sisi undang-undang. Di kebanyakan negara, mereka yang sabit dengan kegiatan mengedar dadah boleh dipenjara.



Di Malaysia dan beberapa negara lain seperti China dan Singapura menerima risiko hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Bagi mereka yang terbabit dengan sebarang kesalahan berkaitannya, sudah pasti kerajaan sukar untuk membantu rakyat kita yang terjebak dengan kes itu di luar negara kerana mempunyai kaedah berbeza.



Seperti ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, apa yang boleh kerajaan lakukan ialah memastikan proses mahkamah berkenaan berjalan dengan prinsip keadilan menerusi perbicaraan yang adil dan bebas. "Sukar bagi kita untuk berbuat apa-apa... kita nak tentukan kaedah lain sukar bagi kita. Ini (bantuan guaman) atas (keperluan) individu bukan kerajaan," katanya. Justeru, semua pihak tidak kira ibu bapa, guru dan masyarakat keseluruhannya perlu saling memainkan peranan untuk mengelak terbabit dalam kegiatan itu dan mereka seharusnya lebih prihatin kerana kesalahan dadah tiada kompromi.



Di negara kita, undang-undang bagi mengekang kegiatan pengedaran dadah cukup tegas apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Dadah Negara, pada 19 Februari 1983 bertujuan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah serta melahirkan masyarakat yang bebas daripada dadah. Selain itu, pada Jun 1996, pula Dasar Dadah Negara memperkenalkan pula empat strategi baru meliputi pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan, selain kerjasama antarabangsa sebagai strategi sokongan.



Ternyata semua kategori kesalahan membabitkan dadah itu menjadi agenda utama kerana ia turut menjadi antara musuh utama negara. Tidak mustahil usaha ke arah menjadikan sifar dadah bagi semua kategori itu juga sentiasa dilakukan bersama polis, Pemadam dan badan bukan kerajaan (NGO) lain. Apa yang penting, kita seharusnya menjadi sebuah negara yang selamat daripada sebarang tohmahan sama ada sebagai lokasi pengeluaran dadah, pusat transit dadah dan sebagainya. Selain itu, imej Malaysia di mata dunia perlu bersih supaya apabila rakyat negara ini ingin melawat luar negara tidak menghadapi masalah terpaksa melalui proses pemeriksaan ketat, gara-gara dikhuatiri sebagai pengedar dadah.


Sumber:

Jami'ah Syukri, 2008. Jerat sindiket dadah sasar wanita tempatan, 21/04/08, http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20080421000856/Article/index_html


Sunday, April 20, 2008

Remaja Jatuh Flat


PUTRAJAYA 20 April - Seorang pelajar perempuan yang dihalang daripada menemui temannya maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri dekat Presint 9 di sini awal pagi ini.

Mangsa, Nurul Farah Mazlan, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 5.20 pagi.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai cuba turun dari rumahnya yang terletak di tingkat 11 untuk ke rumah rakannya di tingkat 10 menggunakan kain cadar yang diikat pada balkoni kira-kira pukul 3.50 pagi.

''Mangsa dipercayai gagal mengimbangkan badan ketika turun dari tingkat 11 itu sehingga menyebabkannya terjatuh," kata jurucakap tersebut ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa tidak dibenarkan keluar dari rumah oleh ibu bapanya selepas menyatakan hasrat untuk menemui seorang kawan.

''Kematian mangsa berpunca daripada kecederaan teruk pada seluruh anggota badannya," kata jurucakap tersebut.

Sementara itu, bapa mangsa Mazlan Hassan, 51, enggan ditemui oleh pihak media.
Jenazah Nurul Farah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Supritendan Abd. Razak Abd. Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.


Sumber:


Utusan Malaysia, 2008. Pelajar perempuan maut jatuh flat, dilihat pada 21 April 2008, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm


Friday, January 18, 2008

Universiti Asmara




Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala sosial PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.


Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini. Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). “Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.


Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan. Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya. “Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja. Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.


Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat. Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak. Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.


Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air. “Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya. “Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.


Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja. “Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.


Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus. Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi. Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT. Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).


Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura. Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media. Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.


Sumber: Berita Harian, 18 januari 2008

Sunday, November 11, 2007

Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie

Sheikh Muszaphar Shukor (born Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha on July 27, 1972) is a Malaysian orthopedic surgeon and is the first Malaysian to go into space. He was launched to the International Space Station aboard Soyuz TMA-11 with the Expedition 16 crew on October 10, 2007.[1][2] Sheikh Muszaphar flew under an agreement with Russia through the Angkasawan program, and returned to Earth on October 21, 2007, aboard Soyuz TMA-10 with the Expedition 16 crew members, Fyodor Yurchikhin and Oleg Kotov, after nine days aboard the station.[3][4]

Career
Sheikh Muszaphar was born in Kuala Lumpur and attended high school at Maktab Rendah Sains MARA in Muar. He then earned a Bachelor of Medicine and Surgery degree from Kasturba Medical College, Manipal, India.[5].He received a Master of science degree in Orthopaedic Surgery at University Kebangsaan Malaysia.

Sheikh Muszaphar is an orthopedic surgeon,[6] and a university lecturer in medicine at the Universiti Kebangsaan Malaysia.[3][7] In 1998, Sheikh Muszaphar worked at Hospital Seremban, followed by a move to Kuala Lumpur General Hospital in 1999, and was on staff at Hospital Selayang from 2000 through 2001.[5] Sheikh Muszaphar is also a part-time model. [8][9][10]

Angkasawan program
Sheikh Muszaphar and three other finalists were selected at the beginning of 2006 for the Malaysian Angkasawan spaceflight program. The program arose after Russia agreed to transport one Malaysian to the ISS as part of a multi-billion purchase of 18 Russian Sukhoi Su-30MKM fighter jets by Malaysia. After completing initial training at Star City in Russia, Sheikh Muszaphar and Faiz Khaleed were selected to undergo an 18-month training program in Russia, at the end of which Sheikh Muszaphar was chosen as the prime crew member, while Faiz Khaleed served as back-up.[11] Following the final medical tests and training examinations, on September 17, it was announced that Sheikh Muszaphar would be flying on Soyuz 11.[12]

During a NASA news conference with the Expedition 16 crew on July 23, 2007, and news conferences following his selection, Sheikh Muszaphar said he hoped to be able to take various live cell cultures to study during his flight.[1][13]

Terminology
Flying as a guest of the Russian government,[14] Sheikh Muszaphar's role aboard Soyuz and the ISS is referred to as a spaceflight participant in English-language Russian Federal Space Agency and NASA documents and press briefings.[4][15][16] [17]

Speaking to Malaysian media outlets, Alexander Karchava, the Russian ambassador to Malaysia, stated that Sheikh Muszaphar is a "fully-fledged cosmonaut".[18] In an interview with the Malaysian Star newspaper, Robert Gibson, a retired NASA astronaut, shared his opinion that Sheikh Muszaphar is fully qualified as an astronaut, and as such, he should be called one. Gibson also said he regarded Sheikh Muszaphar as a peer.[19]

Spaceflight
Soyuz TMA-11 carrying Whitson, Malenchenko, and Sheikh Muszaphar, successfully launched at 13:22 UTC, Wednesday, October 10, 2007.[20][21][22]

Space experiments
Sheikh Muszaphar performed experiments on board the International Space Station relating to the characteristics and growth of liver cancer and leukemia cells, the crystallisation of various proteins and microbes in space.[23]

The experiments relating to liver cancer, leukemia cells and microbes will benefit general science and medical research, while the experiments relating to the crystallisation of proteins, lipases in this case, will directly benefit local industries.
Lipase are a type of protein enzymes used in the manufacturing of diverse range of products from textiles to cosmetics, and the opportunity to grow these in space will mean a possibility for Malaysian scientists to take a crack at an industry worth some USD2.2bil (MYR7.7bil) worldwide by producing these locally.[24]

Spaceflight and religion
Since Sheikh Muszaphar is a Muslim, and as his time in space coincided with the last part of Ramadan, the Islamic National Fatwa Council drew up the first comprehensive guidebook for Muslims in space.[1][3] The 18-page guidebook is titled "Guidelines for Performing Islamic Rites (Ibadah) at the International Space Station", and details issues such as how to pray in a low-gravity environment, how to locate Mecca from the ISS, how to determine prayer times, and issues surrounding fasting. The orbit of the ISS results in one day/night cycle every 90 minutes,[1][25] so the issues of fasting during Ramadan are also addressed. The guidebook will be translated into Russian, Arabic, and English.[7][26] Anan C. Mohd, from Malaysia's Department of Islamic Development said that fasting while traveling is optional, so Sheikh Muszaphar could choose what he would like to do, but if he did decide to fast in space, the times would be centered around local time in Baikonur, where the launch takes place.[27][28] Sheikh Muszaphar celebrated Eid ul-Fitr aboard the station, and packed some satay and cookies to hand out to the rest of the crew on October 13, 2007 to mark the end of Ramadan.[29]
Source: Wikipedia

Nicol David


Mudah buat Nicol ungguli Terbuka Hong Kong

NICOL David menutup tirai 2007 dengan penuh bergaya apabila menjuarai gelaran kelapannya di kejohanan bernilai AS$89,000 (RM311,500) Terbuka Hong Kong semalam untuk terus mengungguli status pemain nombor satu dunia selama 12 bulan penuh, tahun ini. Dan dia melakukannya dengan begitu mudah, apabila hanya memerlukan tiga set untuk menundukkan musuh ketatnya, Natalie Grinham dari Australia, 9-3, 9-5, 10-8 di Plaza Hollywood. Tidak seperti pertemuan sebelumnya dengan pemain nombor dua dunia itu yang sering kali mengheret permainan hampir dua jam seperti di final Terbuka Dunia tahun lalu dan penentuan Terbuka KL, Mac lalu, pertembungan kali ke-19 mereka pada pentas profesional ditentukan selepas 58 minit.


Begitupun, Nicol tidak melihat keputusan itu sebagai gambaran sebenar pertarungan sengit mereka berdua dalam perjalanannya merangkul hatrik mahkota ini. "3-0 tidak menunjukkan betapa sengitnya perlawanan ini. Natalie berjuang habis-habisan, anda perlu terus berusaha dan berharap dapat meraih kemenangan. "Ia sesuatu perasaan yang hebat untuk meraih keputusan yang diingini. Saya berasa seronok sepanjang minggu ini dan sebelumnya, dan saya menghadapi perlawanan ini dengan azam untuk melakukan yang terbaik


"Ini adalah kejohanan yang terakhir tahun ini, jadi saya memasuki perlawanan final ini dengan harapan dapat menamatkan musim dengan baik, terutama selepas menang di Qatar minggu lalu," katanya. Kemenangan ini menyaksikan Nicol melanjutkan penguasaannya ke atas Natalie dalam senarai Jelajah Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) kepada 13-6. Natalie hanya sekali saja menewaskan Nicol tahun ini iaitu pada final Terbuka Seoul yang menamatkan rentetan 51 kemenangan berturut-turut pemain kelahiran Pulau Pinang itu. Secara keseluruhan, hanya dua pemain lain merasai pengalaman menundukkan Nicol sepanjang 2007 iaitu kakak Natalie, Rachael pada final Terbuka Dunia dan Shelley Kitchen dari New Zealand pada pusingan kedua Terbuka Dunia.

Pemain negara berusia 24 tahun itu sebelum ini menjuarai Terbuka KL (Mac), Terbuka Kuwait (April), Qatar Klasik (April, edisi 2006 yang ditunda ke tahun ini), Terbuka Malaysia (Julai), Terbuka Singapura (Ogos), Terbuka Belanda (Ogos) dan Klasik Qatar (November). Sementara itu, dalam acara final lelaki, pilihan pertama, Amr Shabana dari Mesir juga meraih gelaran hatrik apabila mengenepikan pilihan kedua, Gregory Gaultier dari Perancis, 11-13, 11-3, 11-6, 13-11 dalam tempoh 61 minit.


Berita Harian, 12 November 2007.